Ikrar Bebas Rasuah Bersama SPRM Negeri Selangor

8 Oktober 2026
Jasmine Food Corporation bertekad untuk mengukuhkan integriti dan tadbir urus yang lebih cekap bagi memerangi kegiatan rasuah bersama-sama mana-mana pihak yang berurusan dengan Jasmine Food Corporation melalui Program Ikrar Bebas Rasuah yang telah berlangsung pada 8 Oktober 2026.
Ikrar telah ditandatangani oleh Mr. Alan Kwong Soon Fatt (Ketua Pegawai Operasi) Jasmine Food Corporation bersama Tuan Rosmadi Bin Kasim (Penolong Pesuruhjaya) SPRM negeri Selangor di Hotel Hilton Glenmarie, Shah Alam semalam.
Turut disaksikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Hamid Bador (Penasihat Keselamatan Tradewinds Group Malaysia), Yang Berbahagia Datuk Abdul Jamil Johari (Ketua Pegawai Tadbir Urus dan Siasatan Kumpulan Tradewinds Group Malaysia) & Encik Dennis Foo (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tradewinds Malaysia Berhad).




Comments