top of page

Tepung Bungkus

Product used:

Jasmine Santan Kelapa

Serves:

Bahan-bahan

  • 3 Ketul gula melaka

  • 2 Sudu besar gula pasir

  • Daun pandan

  • Air

  • 1 Biji kelapa parut

  • Tepung gandum

  • 1 Cawan tepung beras

  • 200ml Santan Kelapa Jasmine

  • 2 Cawan tepung pulut


Cara-cara (Inti Kelapa)

  1. Masukkan 3 ketul gula melaka dan 2 sudu besar gula pasir dan gaul sehingga gula cair bersama air.

  2. Masukkan kelapa parut ke dalam air gula dan campurkan dengan tepung gandum dan masak sehingga pekat dan lembab-lembab kering.


Cara-cara (Tepung Putih)

  1. Masukkan tepung beras, daun pandan, air, dan 200ml Santan Kelapa Jasmine dan campurkan sedikit garam.

  2. Kacau sebati dengan api sederhana sampai tekstur tidak berkilat dan tak pekat.


Cara-Cara (Tepung Doh)

  1. Masukkan 2 cawan tepung pulut dan air, kemudian gaul sehingga menjadi doh. Buat doh berbentuk bulat.

  2. Kemudian masukkan inti kelapa tadi dan bulatkan semula.

  3. Sediakan daun dan letak tepung putih dan tepung doh bersama inti dan bungkus dengan daun.

  4. Kemudian rebus selama 15 minit.

Kredit: surayamasak

pusacream_01b.png

How to shop?

Jasmine Santan Kelapa

Jasmine Food Corporation Sdn Bhd

Lot 5, Jalan Sejahtera 25/124, Seksyen 25, 40000 Shah Alam, Selangor D.E. , Malaysia
Tel: 603-5122 3188 | Fax: 603-5122 3288 | Toll-free: 1800 229 888 | Email: contactus@jasmine.com.my

Anti-Bribery & Corruption Policy

  • Instagram
  • Youtube
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads

JASMINE FOOD CORPORATION SDN BHD (Reg. No. 198701003685 (162356-H)) © 2026 Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. All Rights Reserved

bottom of page