Tastefully Food Expo, Johor Bahru

Jasmine Food Corporation kembali memeriahkan Tastefully Food Expo! Pameran makanan ini telah berlangsung di Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Jasmine Food berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Tastefully Food Expo yang berlangsung dari 3 Julai hingga 5 Julai. Sepanjang pameran tersebut, ribuan pengunjung telah singgah ke booth Jasmine untuk menikmati promosi eksklusif serta mengenali produk beras premium Jasmine dengan lebih dekat.
Sepanjang tiga hari pameran, para pengunjung berpeluang membeli pelbagai pilihan beras Jasmine pada harga istimewa yang cukup berbaloi. Inilah peluang terbaik untuk membuat persediaan dan mendapatkan stok beras kegemaran seisi keluarga!
Bagi menjadikan pengalaman pengunjung lebih istimewa, Jasmine turut mengadakan sesi pensampelan Nasi Ayam yang disediakan menggunakan beras wangi kami, Jasmine Sunwhite. Para pengunjung juga berpeluang menikmati sendiri tekstur nasi yang lembut, gebu serta aroma yang semula jadinya, sekali gus membuktikan mengapa Jasmine Sunwhite merupakan pilihan terbaik untuk hidangan lazat setiap hari.
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah mengunjungi booth kami serta memberikan sokongan sepanjang pameran berlangsung.
Semoga berjumpa lagi di pameran kami yang akan datang!




Komen