Jasmine Food Corporation Menceriakan Ti-Ratana

Jasmine Food Corporation komited untuk memastikan sambutan Deepavali tidak hanya terhad kepada masyarakat India, malah turut membuka ruang kepada masyarakat daripada pelbagai kaum dan etnik untuk memahami kepentingan dan makna di sebalik perayaan Deepavali melalui semangat kebersamaan dan kasih sayang.
Aktiviti makan bersama anak-anak di Rumah kebajikan Ti-Ratana membuktikan bahawa nilai kasih sayang tiada batasannya.
Kow Ai Nah, Ketua Pemasaran Jasmine juga berkata bahawa program sebegini perlu dilaksanakan demi memberi manfaat kepada komuniti.
Sambutan bersama anak-anak yang penuh makna ini merupakan matlamat utama kami bagi menceriakan wajah mereka sempena sambutan Deepavali di samping menyampaikan mesej indahnya perayaan ini, iaitu menyebarkan cahaya kebahagiaan dalam kehidupan setiap insan.




Komen