Jasmine Project Love Season 3

Jasmine Food Corporation terus komited dalam menyokong komuniti yang kurang berkemampuan menerusi program Jasmine Project Love musim ketiga dengan kerjasama 8TV, Media Prima.
Pada musim ini, sebanyak RM192,000 bantuan telah disalurkan kepada 24 buah keluarga yang layak menerima bantuan bagi meringankan beban kewangan harian serta meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Ditaja sepenuhnya oleh Jasmine Food, musim terbaharu ini menampilkan sebanyak 24 episod yang mengetengahkan kisah kehidupan keluarga daripada pelbagai latar belakang. Setiap kisah memaparkan ketabahan, kecekalan dan harapan mereka dalam mengharungi pelbagai cabaran kehidupan.
Di hoskan oleh Owen Yap, Chan Wei Wei, Tan Chia Yong, Desmond Tey, Jan Chin dan Soh Chin Chuan, program ini membawa penonton menjelajah ke seluruh Malaysia bagi mendekati keluarga-keluarga terpilih, bagi memahami pengalaman hidup mereka serta berkongsi kisah inspirasi tersebut bersama penonton di seluruh negara.
Selain meningkatkan kesedaran terhadap cabaran yang dihadapi oleh komuniti akar umbi, Jasmine Project Love turut menjadi platform bermakna dalam menyemai nilai keprihatinan dan menggalakkan penglibatan masyarakat dengan menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan.
Majlis tersebut turut mengiktiraf sumbangan beberapa organisasi kebajikan menerusi penyampaian sijil penghargaan. Antara penerima yang diraikan ialah Pertubuhan Kebajikan Kasih Sayang dan Jagaan Malaysia, Rumah Charis, Tasputra Perkim, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor (Orkids), Persatuan Rumah Caring Kajang Selangor, Persatuan Kebajikan Talian Hayat Kehidupan Malaysia, CCEP Foundation dan Pertubuhan Makanan Kebahagiaan (Blisstifood) atas dedikasi serta komitmen mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat.




Komen