top of page

Pongal Perpaduan 2026: Memperkukuh Perpaduan Melalui Tradisi

2 Mac
2 min membaca
Sambutan Pongal di Kuil Sri Maha Mariamman, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Sambutan Pongal di Kuil Sri Maha Mariamman, Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 17 Januari 2026 – Kuil Sri Maha Mariamman, Bukit Kiara, Kuala Lumpur kini kembali menyerlah sempena sambutan Pongal Perpaduan 2026 yang penuh dengan warisan dan kebudayaan Malaysia. Dua tahun berturut-turut sambutan ini menandakan sokongan Jasmine Food Corporation (Jasmine Food) dalam menghargai perayaan Kanni Pongal, sekali gus menegaskan komitmennya terhadap perpaduan, tradisi dengan membina komuniti melalui makanan.


Kanni Pongal: Sambutan Berteraskan Kesyukuran dan Perpaduan


Kanni Pongal adalah salah satu tradisi menuai oleh masyarakat Tamil dan ia disambut sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang dikurniakan. Di Malaysia, perayaan ini telah berkembang melangkaui asal usulnya dan menjadi simbol inklusiviti dan juga perpaduan. Pada sambutan tahun ini, peserta dari pelbagai latar belakang turut menyertai dalam acara ritual tradisional, persembahan kebudayaan dan juga jamuan makan bersama secara besar-besaran.


Event Highlights Featuring Jasmine Rice and Others 


• Upacara Memasak Dalam Periuk Pongal

Sorotan upacara Pongal ini ialah 50 periuk Pongal yang menggunakan beras Jasmine Super 5 sebagai bahan utama. Dimasak secara tradisional didalam periuk tanah liat yang melambangkan kemakmuran, kelimpahan, kesyukuran kolektif yang mencerminkan semangat Pongal Perpaduan.


• Persembahan Kebudayaan

Para tetamu turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, termasuk tarian tradisional dan juga muzik tamil yang melambangkan keindahan dan kekayaan warisan berbilang bangsa di Malaysia. Sempena tahun kedua penyertaan Jasmine, Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food, Encik Alan Kwong turut berasa bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada sambutan ini.


"Di Jasmine, beras bukan hanya sekadar makanan ruji di Malaysia malah ia juga merupakan simbol yang dapat menyatukan masyarakat merentasi budaya. Pongal Perpaduan ini mencerminkan kepercayaan kami bahawa makanan juga mempunyai kuasa untuk menyatukan komuniti dan memperkukuhkan persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia.


Pongal merupakan salah satu sambutan yang menzahirkan rasa kesyukuran, namun ia turut juga mencerminkan kekuatan kepelbagaian yang ada di Malaysia. Sambutan seperti ini dapat memupuk rasa hormat-menghormati dan juga perpaduan di samping memelihara tradisi budaya yang menjadi sebahagian penting daripada identiti negara. Sambutan ini turut diserikan dengan kehadiran pemimpin daripada pelbagai agama, termasuk masyarakat Islam, Buddha dan Kristian.

 
 
 

Komen


Jasmine Food Corporation Sdn Bhd

No. 5, Jalan Sejahtera 25/124, Seksyen 25, 40400 Shah Alam, Selangor D.E. , Malaysia
Tel: 603-5122 3188 | Fax: 603-5122 3288 | Toll-free: 1800 229 888 | Email: contactus@jasmine.com.my

Dasar Anti-Rasuah & Penyelewengan

  • Instagram
  • Youtube
  • Facebook
  • TikTok
  • Threads

JASMINE FOOD CORPORATION SDN BHD (Reg. No. 198701003685 (162356-H)) © 2026 Jasmine Food Corporation Sdn Bhd. All Rights Reserved

bottom of page