Pelancaran Jasmine LaSella Gold
JASMINE FOOD MEMPERKENALKAN LASELLA GOLD – BERAS BASMATI BERKUALITI TINGGI UNTUK RAKYAT MALAYSIA YANG MEMENTINGKAN KESIHATAN

Kuala Lumpur, 16 April 2026 - Seiring dengan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap pemakanan yang seimbang dan kesihatan secara menyeluruh, semakin ramai memilih makanan ruji yang dapat menyokong gaya hidup sihat mereka tanpa mengubah cita rasa atau tradisi kegemaran mereka. Selaras dengan kesedaran yang semakin meningkat ini, variasi beras premium yang menawarkan manfaat tambahan kepada kesihatan semakin mendapat tempat dalam kalangan isi rumah di seluruh negara.
Antara pilihan makanan yang mendapat perhatian adalah beras basmathi. Beras basmathi menjadi pilihan ramai kerana ia mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah secara semula jadi sekali gus mampu mengekalkan paras glukosa darah yang lebih stabil sebagai sebahagian daripada amalan pemakanan seimbang. Dalam menyedari perubahan pengguna, Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. telah memperkenalkan beras Basmati LaSella pada tahun 2024, yang menawarkan varian Parboiled dan Steamed bagi memenuhi keperluan gaya hidup serta pemakanan yang berbeza.
Didorong oleh kualiti yang konsisten, penekanan terhadap manfaat kesihatan, pembungkusan yang praktikal serta harga yang berpatutan, LaSella telah berkembang pesat menjadi antara jenama beras Basmati yang paling pesat berkembang di Malaysia. Jenama ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna yang mementingkan kesihatan dan kualiti.
Dengan titik kejayaan ini, Jasmine Food dengan bangganya memperkenalkan LaSella Gold Traditional Aromatic Basmati, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi kualiti beras Basmathi premium.
Diperam Secara Semula Jadi untuk Kualiti dan Aroma Luar Biasa
LaSella Gold dihasilkan daripada beras Basmati Tradisional Aromatik mentah yang diperam secara semula jadi dan dipilih khas untuk memenuhi cita rasa pengguna yang menghargai kualiti beras premium, keharuman asli serta rasa yang istimewa. Melalui proses pemeraman semula jadi, beras ini menghasilkan rasa yang lebih mendalam dan kompleks serta aroma tersendiri yang meningkatkan pengalaman ketika menikmati hidangan.
Terkenal dengan keupayaan pemanjangan bijirin yang sangat baik, tekstur nasi yang gebu serta daya penyerapan yang unggul, LaSella Gold merupakan pilihan ideal untuk hidangan klasik seperti Nasi Briyani, Nasi Minyak dan pelbagai jenis kari yang kaya dengan rempah, dimana aroma, tekstur, dan persembahan amat penting sekali.
Selain keistimewaan dari segi masakan, LaSella Gold turut mencerminkan aspirasi gaya hidup moden dengan menawarkan pilihan beras premium yang selari dengan amalan pemakanan yang lebih bijak dan seimbang, tanpa perlu mengorbankan kenikmatan rasa mahupun keaslian hidangan.
"Pengguna masa kini ingin menikmati hidangan mereka secara menyeluruh, berkualiti tinggi, keyakinan tinggi, serta nilai yang berbaloi," kata Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd."LaSella Gold mencerminkan komitmen kami dalam memenuhi jangkaan ini dengan menawarkan variasi beras Basmathi terbaik untuk mereka yang benar-benar menghargai kualiti dan cita rasa."
Menangi Emas Tulen Menerusi Kempen ‘Beli Beras, Menang Emas’
Bersempena dengan pelancaran LaSella Gold, Jasmine Food turut memperkenalkan peraduan ‘Beli Beras, Menang Emas’ yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi hadiah emas tulen setiap hari.
Bermula 1 Mei hingga 2 Julai 2026, pengguna yang membeli mana-mana produk Jasmine atau Beras ERA dengan jumlah pembelian RM30 dan ke atas dalam satu resit, layak menyertai peraduan ini.
Peraduan ini akan berlangsung di semua premis peruncitan yang mengambil bahagian di seluruh Semenanjung Malaysia sebagai tanda penghargaan Jasmine Food terhadap sokongan dan kesetiaan para pengguna.




Komen