Jasmine Food Meluaskan Penglibatan dalam Sektor Perkhidmatan Makanan dengan Pelancaran JASMINE KRIM KELAPA

KUALA LUMPUR, 25 September 2026 – Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. terus memperluaskan rangkaian produknya melangkaui beras menerusi pelancaran Jasmine Krim Kelapa, produk krim kelapa baharu yang dibangunkan khusus untuk pengusaha perkhidmatan makanan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Produk ini dilancarkan secara rasmi hari ini di Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2026 yang berlangsung di MITEC Kuala Lumpur.
Direka khas untuk memenuhi keperluan perniagaan perkhidmatan makanan, Jasmine Krim Kelapa menawarkan kandungan lemak sebanyak 24% dengan tekstur yang halus dan lebih berkrim dalam format 1L yang praktikal. Produk ini memberikan kemudahan penggunaan serta nilai tambah kepada perniagaan yang menggunakan krim kelapa secara kerap dalam penyediaan makanan.
Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting dalam perkembangan Jasmine Food daripada sebuah syarikat yang dikenali dengan produk beras berkualiti kepada penyedia penyelesaian makanan yang lebih menyeluruh, dengan memperluaskan rangkaian produk ke kategori yang berkait rapat dengan masakan dan budaya pemakanan rakyat Malaysia.
“Jasmine selama ini sinonim dengan beras berkualiti. Namun, kini Jasmine bersedia untuk melangkaui produk beras dan memperluaskan peranannya daripada jenama makanan runcit yang dipercayai kepada rakan penyedia penyelesaian untuk sektor perkhidmatan makanan. Jasmine Krim Kelapa dibangunkan dengan mengambil kira keperluan perniagaan, menawarkan tekstur yang halus, lebih berkrim, sesuai untuk pelbagai jenis masakan dan yang paling penting, memberikan konsistensi dalam setiap hidangan,” kata Encik Alan Kwong, Ketua Pegawai Operasi Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd.
MEMPERKENALKAN SEMULA JASMINE SANTAN KELAPA DAN KETUPAT MINI
Pelancaran ini turut menyaksikan Jasmine Food memperkenalkan semula rangkaian produknya yang melangkaui beras, iaitu Jasmine Santan Kelapa 200ml dan Jasmine Ketupat Mini. Produk-produk ini memenuhi keperluan isi rumah serta pengguna yang mencari pilihan praktikal untuk kegunaan dalam penyediaan makanan harian.
Secara keseluruhan, produk-produk ini mencerminkan strategi Jasmine Food untuk memperluaskan penawaran produknya melangkaui beras, sambil terus memenuhi keperluan pengguna Malaysia dan sektor perkhidmatan makanan.
KUALITI, NILAI DAN JAMINAN HALAL
Seiring dengan peluasan rangkaian produknya, Jasmine Food terus menjadikan kualiti, nilai dan jaminan halal sebagai teras utama dalam pembangunan produk. Semua produk Jasmine telah mendapat pensijilan Halal, sekali gus memperkukuh komitmen syarikat dalam menyediakan produk makanan yang dipercayai oleh pengguna Malaysia, para pengusaha perniagaan serta pasaran halal yang lebih luas.
MENGENAI JASMINE FOOD CORPORATION
Jasmine Food Corporation merupakan sebuah syarikat beras terkemuka di Malaysia yang komited dalam menyediakan produk makanan berkualiti untuk memenuhi keperluan keluarga serta perniagaan di seluruh negara. Dengan rangkaian produk yang merangkumi keperluan harian hingga pilihan premium, Jasmine terus berinovasi dan memperluaskan penawarannya bagi memenuhi keperluan pengguna Malaysia serta industri makanan yang sentiasa berkembang.
PERTANYAAN MEDIA:
Nurazumy Najid
Penolong Pengurus, Jabatan Pemasaran
Tel: 012-925 0797
E-mel: nurazumy@jasmine.com.my

Komen