NOTIS PRIVASI
(klik sini untuk versi Bahasa Inggeris)

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah dikuatkuasakan pada 15 November 2013 untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersil. Akta ini, yang diguna pakai untuk semua syarikat dan firma yang ditubuhkan di Malaysia, memerlukan kami untuk memaklumkan kepada anda akan hak-hak anda berkaitan data peribadi yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan seterusnya diproses oleh kami dan tujuan data pemprosesan ini dilakukan. Akta ini juga memerlukan kami mendapat kebenaran anda bagi memproses data peribadi anda.

Data Peribadi
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, yang mana membolehkan anda dikenali, termasuklah tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faksimili, butiran bank, butiran kad kredit, bangsa, jantina, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat emel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat, butiran syarikat, industri yang melibatkan anda, sebarang maklumat tentang anda yang anda telah berikan kepada Jasmine Food Corporation Sdn Bhd (No. Syarikat: 162356-H) (“Syarikat”).

Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Data Peribadi akan dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh Syarikat bagi tujuan yang berikut:-

  1. untuk berkomunikasi dengan anda;
  2. untuk memberikan perkhidmatan kepada anda;
  3. menjawab pertanyaan anda;
  4. mentadbir penyertaan anda dalam peraduan;
  5. menjalankan aktiviti-aktiviti dalaman; kaji selidik pasaran dan analisa trend;
  6. untuk menyediakan kepada anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan Syarikat dan syarikat-syarikat kami yang berkaitan;
  7. untuk menyediakan kepada anda maklumat tentang produk dan perkhidmatan rakan-rakan perniagaan kami; lain-lain aktiviti perniagaan Syarikat yang sah;
  8. lain-lain tujuan seperti yang dinyatakan dalam Laman Web, Terma Penggunaan; dan/atau
  9. lain-lain tujuan seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat tambahan kami (secara kolektif disebut “Tujuan”).

Pendedahan Data Peribadi
Data peribadi anda akan dirahsiakan tetapi data peribadi ini boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia atau didedahkan kepada syarikat-syarikat, pemilik lesen, rakan perniagaan dan/atau penyedia perkhidmatan kami yang berkaitan, yang boleh ditempatkan dalam atau di luar Malaysia. Semua pihak yang dinyatakan di atas dikehendaki melindungi kerahsiaan data peribadi yang mereka terima.

Sumber Data Peribadi
Data Peribadi yang akan diambil, diproses dan digunakan oleh Syarikat diperolehi daripada kaedah-kaedah yang sah dan telus sepenuhnya seperti:

  1. perjanjian dan kontrak untuk jualan dan pembelian produk dan perkhidmatan kami;
  2. borang pendaftaran rasmi (sama ada elektronik atau bercetak) untuk pelancaran baharu atau siri jelajah, pameran, pertunjukan atau sebarang acara promosi;
  3. sebarang emel atau surat-menyurat yang kami terima daripada anda yang meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan;
  4. sebarang borang yang anda telah serahkan melalui laman web kami atau mana-mana laman web yang digunakan oleh Syarikat;
  5. sebarang rujukan daripada seseorang yang telah menyertakan butiran peribadi dan hubungan mereka yang boleh disahkan;
  6. kad-kad perniagaan yang ditinggalkan atau diberikan kepada Syarikat;
  7. sebarang dokumen (termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang dan penyata berkanun) yang telah diserahkan kepada Syarikat untuk pemprosesan.
  8. Hak untuk Mengakses dan Membuat Pembetulan

Bagi tujuan pemprosesan Data Peribadi anda, kebenaran daripada anda adalah diperlukan. Jika anda tidak membenarkan pemprosesan Data Peribadi anda dilakukan, selain daripada untuk tujuan yang berkaitan dengan periklanan atau pemasaran mana-mana produk atau perkhidmatan Syarikat atau rakan perniagaan kami, kami tidak boleh memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana Tujuan di atas dan kami tidak dapat memproses permintaan anda untuk menggunakan Laman Web dan/atau Perkhidmatan kami.

Dalam hal berkaitan pemasaran secara langsung, anda boleh meminta Syarikat, dengan memberikan notis bertulis (selaras dengan apa yang dinyatakan dalam perenggan seterusnya) untuk tidak memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana Tujuan yang berikut:

  1. mengiklankan atau memasarkan melalui telefon mana-mana produk atau perkhidmatan Syarikat atau rakan perniagaan kami,
  2. menghantar kepada anda melalui pos sebarang bahan periklanan atau pemasaran berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan Syarikat atau rakan perniagaan kami;
  3. menghantar kepada anda melalui emel, faks atau SMS/MMS/ lain-lain khidmat pesanan berasaskan nombor telefon tentang sebarang bahan pengiklanan atau pemasaran berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan Syarikat atau rakan perniagaan kami; atau
  4. berkomunikasi dengan anda melalui apa cara sekalipun tentang sebarang bahan pengiklanan atau pemasaran Syarikat atau rakan perniagaan kami.

Pada bila-bila masa selepas ini, anda boleh membuat pertanyaan, aduan atau permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda dengan menghantar permintaan sedemikian kepada Syarikat melalui pos berdaftar atau emel ke alamat yang dinyatakan di bawah.

Alamat pos:
Jasmine Food Corporation Sdn Bhd Sdn Bhd
Lot 5, Jalan Sejahtera 25/124,
Seksyen 25, 40000 Shah Alam,
Selangor D.E., Malaysia.

Tel: 603- 5122 3188
Fax: 603- 5122 3288
Toll-free : 1800 229 888

Alamat emel: marketing@jasmine.com.my

Anda berhak untuk menarik diri daripada menerima maklumat berkaitan pemasaran tentang produk, perkhidmatan, manfaat, promosi dan ganjaran melalui mana-mana kaedah yang berikut. Permintaan anda akan diproses dalam masa 7 hari bekerja. Sila muat turun Borang Penarikan Diri, lengkapkan borang dan pos kembali kepada kami.